Translate

12 January 2025

Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB



Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB

Astro Awani

12/01/2025


Onn Hafiz menyantuni mangsa banjir ketika tinjauan di PPS di Kota Tinggi hari ini. - Gambar/ FB Onn Hafiz Ghazi


KOTA TINGGI: Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

"MetMalaysia memaklumkan gelombang kedua hujan berterusan dijangka berlaku di Johor pada 15 hingga 18 Januari ini.

"Justeru, saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di Johor berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebok hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi iaitu PPS SJKC New Kota, PPS SK Datuk Usman Awang, PPS SK Laksamana dan PPS SRAB Kota Tinggi.

Onn Hafiz berkata, ketika tinjauan itu, beliau diberi taklimat mengenai tiga Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor dan Sungai Pemandi yang kini berada dalam fasa pelaksanaan di Kota Tinggi.

"Saya telah mengarahkan pihak berkenaan agar mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan ini bagi mengurangkan impak banjir yang sering melanda negeri Johor.

"Isu ini harus ditangani dengan segera dan lebih serius agar kejadian banjir yang sama tidak berulang pada masa hadapan," ujarnya.

Sehingga jam 5 petang pada Ahad, bilangan mangsa banjir di negeri ini adalah seramai 3,876 orang daripada 1,083 keluarga yang kini berlindung di 37 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED