Translate
06 January 2025
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Bernama
06/01/2025
Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.28 mata kepada 1,629.74 dan bergerak antara paras 1,623.64 dan 1,631.71 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.99 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.47 berbanding paras penutup 1,629.46 pada Jumaat.
Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.28 mata kepada 1,629.74 dan bergerak antara paras 1,623.64 dan 1,631.71 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 575 berbanding 505, manakala 489 kaunter kekal tidak berubah, 784 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.47 bilion unit bernilai RM2.66 bilion daripada 3.70 bilion unit bernilai RM2.87 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran turut terjejas akibat daripada kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi China, prospek kadar faedah AS dan konflik berterusan di Ukraine dan Timur Tengah.
Beliau berkata di pasaran Asia, pendekatan berhati-hati pelabur, didorong oleh kebimbangan terhadap dasar yang dicadangkan Presiden Donald Trump, termasuk kenaikan tarif ke atas import dari China dan negara lain, boleh membantutkan pertumbuhan di rantau yang sangat bergantung kepada perdagangan.
"Di pasaran tempatan, kebimbangan ini diburukkan lagi oleh prestasi bercampur-campur di pasaran serantau," katanya kepada Bernama.
Trump dijadual mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Jan.
Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk utama itu gagal bertahan pada paras sokongan 1,630 dan pasaran dijangka terus berada dalam fasa penstabilan sehingga pemangkin baharu muncul.
"Kami berpendapat indeks itu perlu mengatasi tahap rintangan utama pada 1,615 dan mengekalkan aliran menaiknya bagi mendapatkan semula momentum kenaikan harga. Kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran 1,620-1,640 bagi minggu ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.10, CIMB turun tiga sen kepada RM8.08, Tenaga Nasional berkurangan dua sen kepada RM14.58, IHH Healthcare jatuh satu sen kepada RM7.27 manakala Public Bank naik satu sen kepada RM4.51 Velocity menokok satu sen kepada 8.0 sen, dan Top Glove menambah tiga sen kepada RM1.36.
Dalam kalangan kaunter cergas, Velesto dan MYEG turun satu sen masing-masing kepada 15.5 sen dan 97.5 sen, Ekovest susut 1.5 sen kepada 37 sen manakala Velocity naik satu sen kepada 8.0 sen dan Top Glove menokok tiga sen kepada RM1.36.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 12.48 mata kepada 12,521.15, Indeks FBM Emas Shariah susut 9.10 mata kepada 12,537.39 dan Indeks FBMT 100 jatuh 14.18 mata kepada 12,188.71.
Indeks FBM ACE meningkat 22.58 mata kepada 5,495.14 dan Indeks FBM 70 naik 36.28 mata kepada 18,903.62.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.06 mata kepada 174.51, Indeks Tenaga meningkat 3.97 mata kepada 855.27 bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 48.72 mata kepada 18,974.34 dan Indeks Perladangan turun 35.29 mata kepada 7,563.22.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.92 bilion unit bernilai RM2.38 bilion daripada 1.87 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran menyusut kepada 1.05 bilion unit bernilai RM99.53 juta daripada 1.26 bilion unit bernilai RM121.27 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 505.90 juta unit bernilai RM174.65 juta daripada 562.64 juta unit bernilai RM187.99 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 213.93 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (516.27 juta), pembinaan (198.22 juta), teknologi (262.24 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (48.17 juta), hartanah (228.73 juta), perladangan (30.42 juta), REIT (18.83 juta), dana tertutup (12,800), tenaga (148.20 juta), penjagaan kesihatan (168.64 juta), telekomunikasi dan media (28.15 juta), pengangkutan dan logistik (27.47 juta), utiliti (32.93 juta) dan amanah perniagaan (1.08 juta).
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur Bernama 06/01/2025 Najib membela diri terhadap 25 pertuduhan termasuk e...
-
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi Bernama 04/01/2025 Kumpulan KRU (dari kiri) Datuk Norman Abdul Halim, Edry ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2025
(358)
-
▼
Jan 2025
(358)
- Peniaga Gerai Makanan Membuat Hantaran Hina Agong ...
- Warga Emas Cabul Anak Jiran Enam Tahun Ditahan, Ma...
- Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
- LAKI MUSTANG SOUND MAKWE KANTOI OTW BUAT PR0JEK DE...
- Visit Malaysia 2026 has officially launched!
- Behind Visit Malaysia 2026 theme song - 'Malaysia ...
- Two ex-1MDB board members to remain as third parti...
- Brazil announces Indonesia joined BRICS bloc as fu...
- Delivery man loses RM63,826 in love scam after 20 ...
- Najib denies orchestrating dissolution of 1MDB tas...
- Penang is one of Lonely Planet's seven best places...
- Malaysia, Singapore reopen discussion on long-stan...
- Here’s how Canadians are responding to news of Tru...
- Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga ke...
- Pelesenan penyedia platform media sosial, pencapai...
- JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan st...
- JD Vance Shows Up To Support Bernie Moreno As He's...
- Donald Trump's presidential election certified by ...
- Ujian Air Kencing Sebelum Konsert Tak Praktikal -...
- Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
- Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan dig...
- Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut
- Kepengerusian Malaysia mampu jadikan ASEAN blok le...
- "Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
- Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hid...
- MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengan...
- Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelaja...
- Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir di...
- Polis mohon bantuan kesan Nurkhairah Hawabillah
- Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital ter...
- Anak sulung kecewa dengan Zahnita, tampil ‘back up...
- Hakim tegur Avitan Shalom mohon penterjemah pada h...
- Suami Zahnita akhirnya buka mulut cerita perkara s...
- Polis Siasat Kes Penemuan Mayat Wanita, Bayi Baru ...
- Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta
- 4 vokalis rock 'otai' Malaysia kongsi pentas di Si...
- PM Singapura berlepas pulang
- Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia seba...
- Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petug...
- Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan ...
- SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah ...
- Negara Ini 'Kebal' Dengan Sulit - Zaid Ibrahim
- TITAH ADENDUM SAH WUJUD , KINI GILIRAN UNTUK TAFSI...
- Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan...
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam nege...
- Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larang...
- Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan e...
- Pihak berkuasa datang gerai Mark Adam, terima adua...
- PENUMPANG BIADAP AKHIRNYA TERIMA PADAH - TINDAKAN ...
- Singapore, Malaysia to Launch Special Economic Hub
- Singapore open to new high-speed rail proposals fr...
- Malaysia & Singapore PM's message to investors on ...
- Pasar Borong Pulau Mutiara 'Dikepung', 28 Warga As...
- UMNO Rayu Pengampunan Penuh Agong Untuk Najib
- Pegawai JAIM Disyaki Rasuah RM13,000 Cuba Dapatkan...
- KEJADIAN PECAH RUMAH DI MUAR, JOHOR "3 SEKAWAN" AK...
- "KERETA MISTERI" PUNCA LORI REMPOH 2 KENDERAAN DI ...
- PM terima kunjungan Pengurusan Tertinggi KWSP
- Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS me...
- Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- AmBank terbit “Ringgit Thieves” untuk cetus keseda...
- AI-generated obscene 'deepfakes' will be a crimina...
- Global air crash deaths rise to 334 in 2024 - Germ...
- Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
- Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota...
- Bangladesh issues arrest warrant against former PM...
- Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak ...
- FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pas...
- Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupak...
- SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 2...
- Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemuka...
- Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib...
- Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika se...
- Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak...
- Watch Chilling US FBI's New Orleans Attack Video: ...
- "Kenapa Titah Adendum Disembunyikan Dan Tidak Dila...
- Shafee reveals letter confirming existence of 'roy...
- Suami Isteri Maut Nahas Tiga Kenderaan
- Pemimpin UMNO, PN Antara Lebih 3,000 Orang Hadir
- Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengar...
- Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town hous...
- Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP s...
- Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam dire...
- Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
- 'The Brutalist,' 'Emilia Perez' triumph at Golden ...
- Home Minister reiterates that letter received from...
- NELAYAN JUMPA BUAYA GERGASI TERSANGKUT DI JARING- ...
- ADA LAGU ADA LAGI Minggu 8, SENARAI MARKAH PENUH P...
- Isham Jalil rancang untuk merayu pada Sultan Pahan...
- Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand...
- Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
- Mahkamah Rayuan Benarkan Semakan Kehakiman Najib R...
- Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hi...
- Shafee Dedah Surat Istana Sahkan Titah Adendum
- "MAKANAN DARI LANGIT"- KEDAI ABANG TINGKAP JADI VI...
- Rosmah, anak Najib, anak Zahid hadir di Istana Keh...
- Akmal Saleh, pemimpin PAS tiba di mahkamah, penyok...
- Sanusi joins crowd outside court complex to show s...
- hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan a...
-
▼
Jan 2025
(358)