Translate

19 January 2025

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok



Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok

Bernama

19/01/2025


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.- Gambar hiasan/Bernama


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) serta Kapit (Song).

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED