Translate

30 September 2023

Polis tahan sukarelawan polis buat komen mengaibkan di Facebook



Polis tahan sukarelawan polis buat komen mengaibkan di Facebook

Bernama

September 29, 2023
Polis menahan seorang sukarelawan polis wanita malam tadi, selepas disyaki meninggalkan komen bersifat mengaibkan dalam satu hantaran di laman sosial Facebook. -FB polis johor

Polis tahan sukarelawan polis buat komen mengaibkan di Facebook

Polis menahan seorang sukarelawan polis wanita malam tadi, selepas disyaki meninggalkan komen bersifat mengaibkan dalam satu hantaran di laman sosial Facebook. -FB polis johor

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang sukarelawan polis wanita malam tadi, selepas disyaki meninggalkan komen bersifat mengaibkan dalam satu hantaran di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menerima laporan polis yang dibuat seorang pegawai kanan polis yang melayari laman sosial Facebook dan menemui satu hantaran ditularkan pada pukul 10.22 malam tadi.

"Terdapat satu komen dibuat seorang pemilik akaun yang merujuk kepada seseorang atau individu yang dipercayai bermotif mengaibkan dan keterlaluan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.







Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita yang membuat komen itu berkhidmat di Mersing dan semakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah dihantar bagi siasatan lanjut ke atas pemilik akaun terbabit.

Polis kemudian menahan wanita berusia 39 tahun itu pada pukul 10.58 malam tadi di kawasan Endau, Mersing, katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan media sosial agar tidak mengeluarkan ayat-ayat yang menghina sesiapa sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook yang menjadi trend terkini bertanyakan mengenai apa yang terlintas di fikiran apabila menyebut tentang sesuatu nama.

Berdasarkan hantaran tular itu yang menanyakan tentang "Bila sebut Madani, apa yang terlintas di fikiran anda?"

Suspek kemudian dilihat meninggalkan komen bersifat mengaibkan yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Bagaimanapun, komen itu dipercayai sudah dipadam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 2 mins ago