Translate

28 May 2023

Penolong akauntan KESEDAR ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta

 Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta

ASTRO AWANI

Mei 27, 2023

Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta


Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta
Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan mengenainya semalam, sebelum suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada 12.21 tengah malam tadi


GUA MUSANG: Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan mengenainya semalam, sebelum suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada 12.21 tengah malam tadi.

"Pihak polis telah menerima satu laporan berkait dengan salah laku oleh petugas agensi kerajaan itu berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan agensi berkenaan melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.


Hasil siasatan awal mendapati kejadian salah laku ini dilakukan oleh suspek sejak tahun 2016 hingga Mei 2023.

"Suspek membuat 194 transaksi wang dari akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik agensi kerajaan berkenaan ke akaun syarikat milik suspek, yang secara keseluruhan transaksi berjumlah RM24,800,189.73," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata direman hingga 2 Jun untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man charged with wife's murder in Ipoh | BEST FBKL' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 34 mins ago