Translate

28 May 2023

Pemandu lori 'buIi' Myvi terima padah



 




Pemandu lori 'buli'' Myvi ditahan polis

HARIAN METRO

27 May 2023

Petaling Jaya: Polis menahan pemandu lori yang didakwa melakukan buli jalanan di Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam, berhampiran susur Subang Jaya, di sini, semalam.


Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video kejadian yang tular di laman sosial Facebook.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video berkenaan menunjukkan lori dipandu secara melulu dengan mengubah laluan dan berhenti secara mengejut.


"Kejadian berlaku kira-kira 5 petang pada Khamis lalu membabitkan sebuah lori dan kereta Perodua Myvi.


"Hasil siasatan polis mengesan kedua-dua pemandu kenderaan terbabit. Polis berjaya menahan pemandu lori di Meru, Klang semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah methamphetamine.


Katanya, suspek direman lima hari bermula semalam sehingga 30 Mei ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Mohamad Fakhrudin berkata, polis tidak akan berkompromi kepada individu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna yang melanggar undang-undang.


Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian dan kemalangan.


Terdahulu, rakaman video berdurasi dua minit 59 saat menunjukkan sebuah lori dipandu secara melulu dan cuba menghalang sebuah kereta memotongnya dengan turut mengubah haluan.


Pemandu lori terbabit turut dilihat memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba semasa di lorong kanan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 11 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 59 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 33 mins ago