Translate

20 May 2023

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

 Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Bernama

Mei 20, 2023 Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Azraai Khor berkata dia mengetahui tentang pemergian Allahyarham daripada rakan-rakan APM yang lain dan sehingga kini masih tidak percaya dan bersedih dengan kejadian yang menimpa arwah. -

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Azraai Khor berkata dia mengetahui tentang pemergian Allahyarham daripada rakan-rakan APM yang lain dan sehingga kini masih tidak percaya dan bersedih dengan kejadian yang menimpa arwah. - Gambar Astro AWANI

ALOR SETAR: Pemergian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya, semalam adalah satu kehilangan besar buat APM dan negara.

Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor Abdullah, 70, berkata dia mula mengenali Allahyarham pada 2020 apabila menjadi sukarelawan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).

"Saya melibatkan diri dalam CDERT menerusi sebuah koperasi yang saya sertai dan dari situlah saya mula mengenali Allahyarham. Saya masih ingat, pertemuan pertama dengan arwah, dia seorang yang sangat mesra dan merendah diri dan dia juga meminati sukan bola sepak, jadi dia memang kenal saya.



"Dari situlah kami mula rapat dan banyak bersembang. Saya juga kerap berjumpa dengan arwah terutamanya ketika menghadiri kursus seperti latihan water confident (keyakinan ketika berada dalam air), menyelam selain menyertai misi bantuan banjir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham yang juga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu juga merupakan seorang yang berjiwa besar dan sangat berbangga untuk membawa nama APM dan negara ke persada dunia.

"Allahyarham sentiasa beritahu dia bangga apabila dapat mengibarkan bendera APM dan Jalur Gemilang di Gunung Everest. Jadi, APM dan negara telah kehilangan seorang ketua yang sangat baik dan sama sekali tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang arwah miliki," katanya.

Azraai Khor berkata dia mengetahui tentang pemergian Allahyarham daripada rakan-rakan APM yang lain dan sehingga kini masih tidak percaya dan bersedih dengan kejadian yang menimpa arwah.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada Mac lalu tetapi selepas itu saya ada berhubung dengannya melalui panggilan telefon atau 'Whatsapp'. Saya juga sempat mengirimkan bekalan ikan pekasam dan minyak panas kepada arwah untuk dibawa ke misi pendakian di Everest.

"Allahyarham sudah hampir tiba ke puncak tetapi tiada siapa yang boleh menolak takdir Allah, cuba sedikit sukar untuk percaya bahawa arwah sudah tiada," katanya.

Awang Askandar, 56, dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika hendak diberikan rawatan di Kem 4.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED