Translate

26 May 2023

Imigresen tumpas sindiket tawar perkhidmatan urut dan seks songsang

 Imigresen tumpas sindiket tawar perkhidmatan urut dan seks songsang

Bernama

Mei 26, 2023 Imigresen tumpas sindiket tawar perkhidmatan urut dan seks songsang

Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket menawarkan perkhidmatan seks songsang, dengan penahanan enam orang lelaki warga asing dalam satu operasi khas di Cheras, Selasa lalu. 

Imigresen tumpas sindiket tawar perkhidmatan urut dan seks songsang

Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket menawarkan perkhidmatan seks songsang, dengan penahanan enam orang lelaki warga asing dalam satu operasi khas di Cheras, Selasa lalu. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket menawarkan perkhidmatan seks songsang, dengan penahanan enam orang lelaki warga asing dalam satu operasi khas di Cheras di sini, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata kesemua suspek berkenaan yang berusia antara 26 hingga 36 tahun dan bekerja sebagai tukang urut serta penjaga premis itu, ditahan dalam operasi yang dilakukan pada 7.15 petang oleh pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM.

Beliau berkata turut berada di premis berkenaan semasa serbuan, tujuh pelanggan warga tempatan.



"Siasatan mendapati selain menawarkan khidmat urutan kepada lelaki, sindiket ini juga menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan dan mereka dipercayai telah beroperasi sejak tahun lepas dengan modus operandinya mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial seperti WhatsApp dan Telegram.

"Pelanggan yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang dinyatakan sebelum diberikan lokasi premis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslin berkata sindiket itu mengenakan bayaran RM200 hingga RM300 untuk tempoh satu jam, bergantung kepada 'pakej' yang dipilih pelanggan dan dipercayai telah mengaut keuntungan sebanyak hampir RM650,000, hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati, kesemua warga asing berkenaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan menyalahgunakan pas.

Suspek yang terdiri daripada lima lelaki Indonesia dan seorang lelaki Myanmar itu, kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu tujuh lelaki tempatan berusia 31 hingga 59 tahun yang berada di premis berkenaan semasa serbuan, juga dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 4 hrs 32 mins ago