Translate

30 May 2023

Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

 Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

Bernama

Mei 30, 2023

Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati
Tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam. -Video tular


Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

Tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam. -Video tular

PORT DICKSON: Seorang lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.

"Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta.



"Akibat kejadian itu, anjing tersebut telah mati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Welcome Ceremony for China President Xi Jinping in' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Logo Rasmi ASEAN-Malaysia 2025 Kini Diperkenalkan!' 11 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 49 mins ago