Translate

26 May 2023

Dakwaan rasuah libatkan projek Petronas disiasat - SPRM

 Dakwaan rasuah libatkan projek Petronas disiasat - SPRM

Bernama

Mei 26, 2023 Dakwaan rasuah libatkan projek Petronas disiasat - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak. - BERNAMA

Dakwaan rasuah libatkan projek Petronas disiasat - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak. - BERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan berkenaan seperti yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini.

"Pihak Petronas memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM," kata suruhanjaya itu.



Laporan portal itu mendakwa Petronas dikatakan 'memberi' hampir RM400 juta kontrak terhadap sebuah syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.

Laporan itu turut meminta SPRM menyiasat jika ada salah laku melibatkan kepimpinan tertinggi Petronas.

SPRM berkata setakat ini pihaknya telah menemui beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu berkenaan serta telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan.

SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu berkenaan untuk tampil menyalurkan kepadanya bagi siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada atura' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kereta Jururawat Tebabas Rempuh Warga Emas | BEST ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak em' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bulan Bintang showcased a record 350 drones during' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 45 mins ago