DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan berangkat ke Majlis Malam Teluk Belanga Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ).
Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda Tuanku Sultan yang juga Penaung Diraja PAMJ disambut Dato’ Sri Syed Hussein Abdul Kadir Al Habshee dan kepemimpinan tertinggi PAMJ.
Majlis berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur (21 Mei).
Hadir sama, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Majlis diserikan dengan kehadiran hampir 1,000 ahli PAMJ.
Dato’ Sri Syed Hussein pada ucapan di majlis berkenaan turut mengumumkan kurniaan sumbangan RM300,000 daripada DYMM Sultan Johor kepada PAMJ.