Translate

22 May 2023

Sultan Johor berkenan merasmikan Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2)


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan merasmikan Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) yang merupakan satu lagi catatan lembaran baharu KPJ Healthcare Bhd, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

Baginda Tuanku Sultan turut berkenan meluangkan masa melawat beberapa kemudahan perubatan moden serta terkini yang ditawarkan di DSH2 selepas majlis perasmian pada hari ini (21 Mei). 

Pelancaran DSH2 serba moden, selain menetapkan standard baharu dalam penjagaan klinikal, tumpuan pesakit serta pelanggan, adalah sebahagian daripada usaha berterusan KPJ Healthcare Bhd untuk menetapkan penanda aras dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

DSH2 yang menggabungkan dan memanfaatkan kuasa digital serta teknologi turut dilengkapi dengan kakitangan, jururawat dan perunding yang terlatih serta berpengalaman.

Hadir sama pada majlis perasmian ialah 
Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. 

Turut hadir, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp. 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Papagomo Mohon Maaf Kepada KPN | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka t' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 28 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MITI appoints deputy sec-gen as chief negotiator f' 42 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Penganggur mengaku salah bunuh ibu bapa waras keti' 55 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Wanita Samun Kedai Serbaneka Ditahan | BEST FBKL' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Farmasi, klinik wajib pamer harga ubat bermula Kha' 1 hr 52 mins ago