Translate

28 May 2023

Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong

 Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong

Bernama

Mei 27, 2023Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 di Velodrom Hong Kong malam ini. - FB Azizulhasni Awang

Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 di Velodrom Hong Kong malam ini. - FB Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 di Velodrom Hong Kong malam ini.

Atlet berusia 35 tahun yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' itu tampil dengan kayuhan bertenaga untuk menewaskan Sergey Ponomaryov dari pasukan Astana yang merangkul perak sementara pelumba muda negara Mohd Akmal Nazimi membawa pulang gangsa, demikian menurut www.uci.org.

Seorang lagi pelumba elit negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.



Semalam, Mohd Azizulhasni yang juga juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I yang hanya berlangsung selama sehari.

Saingan hari ini menyaksikan pelumba wanita sensasi negara Nurul Izzah Mohd Asri, yang merangkul emas acara pecut semalam, gagal mengulangi pencapaiannya apabila meraih gangsa dalam acara sama.

Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED