Translate

25 April 2023

Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun




Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Astro Awani
April 25, 2023 

Nazir dan Tony melawat Musa yang selesai menjalani pembedahan di otaknya selepas terjatuh ketika berkebun pada minggu lepas. - Foto IG Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.

Maklumat itu dikongsikan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Tan Sri Nazir Razak di laman Instagramnya pada Selasa.

Menurut Nazir, disebabkan kecederaan itu, Musa menghabiskan hari lahirnya yang ke-89 di atas meja bedah.
 
“Secara keseluruhannya proses pemulihannya adalah sangat baik setakat ini.
“Sikapnya yang suka membuat kelakar juga sudah kembali!

"Mari kita sama-sama mendoakan agar beliau pulih sepenuhnya - kembali bermain golf dan semuanya,” tulisnya.

Turut hadir melawat Musa ialah Pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr 19 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 3 hrs 37 mins ago