Translate

23 April 2023

Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin - Ab Rauf

 Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin - Ab Rauf

Bernama

April 23, 2023Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin - Ab Rauf

Ab Rauf (berdiri, belakang, kiri) mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka, lewat malam tadi. - Facebook Ab Rauf Yusoh

Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin - Ab Rauf

Ab Rauf (berdiri, belakang, kiri) mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka, lewat malam tadi. - Facebook Ab Rauf Yusoh

MELAKA: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Melaka pada 29 April ini mampu menjadi platform untuk masyarakat mengenali barisan kepimpinan kerajaan negeri yang dilantik pada 5 April lepas.

Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh berkata majlis yang dijadual diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 10 pagi hingga 5 petang juga secara tidak langsung merapatkan jurang sekali gus melepasi prasangka politik memandangkan Melaka kini merupakan Kerajaan Perpaduan.

"Ini masanya rakyat meraikan kemeriahan Syawal dan pada masa yang sama melihat pemimpin mereka dari dekat serta berkenalan.



"Bolehlah waktu itu silaturahim dijalinkan di Rumah Terbuka Aidilfitri nanti supaya suasana hari raya ini dapat dirasai bersama rakyat dan pemimpin," katanya.

Beliau berkata kepada media pada Majlis Jamuan Aidilfitri bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini lewat malam tadi.

Majlis disertai lebih 1,000 tetamu itu turut dihadiri Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan barisan kepimpinan negeri.

Dalam pada itu, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan inisiatif parkir percuma yang bermula semalam hingga 28 April ini.

"Saya tidak boleh jangka berapa ramai yang akan datang ke Melaka kerana masih awal tetapi kita seru agar penduduk tempatan dan pelancong luar yang datang bercuti ke negeri ini menggunakan faedah ini (parkir percuma)," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 1 hr 24 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 4 hrs 38 mins ago