Translate

27 April 2023

Pendakwaan bantah rayuan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan mahkamah

 Pendakwaan bantah rayuan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan mahkamah

Bernama

April 27, 2023 Pendakwaan bantah rayuan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan mahkamah

Law berkata pengurusan kes bagi rayuan Bung Moktar dan isterinya itu ditetapkan pada 22 Mei di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron. - Gambar fail/Bernama

Pendakwaan bantah rayuan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan mahkamah

Law berkata pengurusan kes bagi rayuan Bung Moktar dan isterinya itu ditetapkan pada 22 Mei di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan bantahan awal terhadap rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung keputusan mahkamah yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How ketika dihubungi pemberita berkata notis bantahan awal itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Berdasarkan notis tersebut, bantahan awal dibuat atas alasan keputusan Mahkamah Tinggi bukan suatu keputusan yang boleh dirayu mengikut Seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.



Pada 9 Dis 2022, Bung Moktar dan isterinya gagal dalam permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas pertuduhan itu setelah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.

Sementara itu, Law berkata pengurusan kes bagi rayuan Bung Moktar dan isterinya itu ditetapkan pada 22 Mei di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Menurut Law prosiding bela diri kedua-dua tertuduh sebelum ini ditetapkan pada 15 Jun di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 23 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 38 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 6 hrs 51 mins ago