Translate

28 April 2023

Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini

Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini

Bernama

April 28, 2023 Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini

Mereka yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah. - Foto BERNAMA

Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini

Mereka yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah. - Foto BERNAMA

SEPANG: Tiga puluh rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan, ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air hari ini.

Mereka yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin turut hadir menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang itu.



Rakyat Malaysia itu adalah antara 194 rakyat pelbagai negara yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal pada kira-kira 1.54 pagi waktu Malaysia semalam, dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha setelah menempuh perjalanan kira-kira sembilan jam dari Pelabuhan Sudan.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lepas.

Pada 25 April lepas, dilaporkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer.

Dilaporkan terdapat 32 rakyat Malaysia berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan pada 21 April lepas, dua rakyat Malaysia telah dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.

Dua rakyat Malaysia itu merupakan individu yang berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak PBB.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 30 mins ago