Translate

22 April 2023

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

 Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Astro Awani

April 22, 2023

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang
Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini. - Astro AWANI

JERANTUT: Solat sunat Aidilfitri diulang kali semula buat kali kedua apabila berlaku kekhilafan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah yang berlaku pada jam 8.45 pagi ini.

Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.



Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.

"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya.

Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat terakhir dan memberi salam.

"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.

Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 18 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 2 hrs 33 mins ago