Translate

28 April 2023

Jenazah vokalis XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim selamat dikebumikan


VOKALIS XPDC MAEL SELAMAT DIKEBUMIKAN DI MUAR

Jenazah vokalis XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar, pukul 11 pagi ini.

28/04/2023


MUAR, 28 April (Bernama) -- Jenazah vokalis kumpulan rock terkenal negara, Mael XPDC atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, dekat sini, pukul 11 pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan artis serta peminat hadir ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), dekat sini, pada pukul 9.30 malam tadi. 

Ahli XPDC Zuar atau nama sebenarnya Azuar Md Tasi, 57, berkata kali terakhir dia berjumpa dengan Mael adalah pada pertengahan Ramadan selepas bersama-sama dalam satu program.

“Pemergian Allahyarham sememangnya akan dirasai oleh industri hiburan di negara ini, selain sifatnya yang baik dengan semua orang dan juga amat rajin bersedekah,” katanya

kepada pemberita selepas pengebumian penyanyi kumpulan XPDC itu, di sini hari ini.

Sementara itu, adik arwah, Syed Ali Syed Ibrahim, 50, berkata dia kagum dengan abangnya yang disifatkan sanggup berkorban demi peminatnya, walaupun dirinya tidak sihat sejak kebelakangan ini.

Katanya, Allahyarham sanggup ke mana sahaja demi menghargai peminatnya dan meminta bantuan rakan artis yang lain untuk bertemu dengan peminat-peminat XPDC walaupun lokasinya agak jauh dari kediamannya di Muar.

“Dia (arwah) sememangnya tidak tunjuk di hadapan peminat yang dia sakit. Saya agak terkejut bila tahu dia telah meninggal dunia malam tadi,” katanya.

Sementara itu, anak saudaranya, Norashikin Abdullah, 44, berkata sikap  bapa saudaranya yang sangat baik dan sentiasa tenang itu  pastinya akan memberi kesan mendalam

kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.

“Peribadi arwah ini memang luar biasa kerana dia memang menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya sejak kecil sebab itu Allah ambil nyawanya dalam bulan baik inidan pada Khamis malam Jumaat (malam tadi).

“Raya kali ini juga dia bersungguh-sungguh meminta maaf pada ahli keluarga seolah-olah memberi petanda kepada kami, dia akan pergi selamanya,” kata Norashikin.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 13 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 25 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 37 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 49 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu Gigit, Dera Anak Kandung Guna Gunting Direman ' 1 hr ago