Translate

29 April 2023

"Bukan saya luluskan" - Anwar arah papan iklan Malaysia Madani tidak lagi dipasang

 "Bukan saya luluskan" - Anwar arah papan iklan Malaysia Madani tidak lagi dipasang

ASTRO AWANI

April 29, 2023

"Bukan saya luluskan" - Anwar arah papan iklan Malaysia Madani tidak lagi dipasang
Anwar beramah mesra dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di sebuah hotel di sini, pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI

"Bukan saya luluskan" - Anwar arah papan iklan Malaysia Madani tidak lagi dipasang

Anwar beramah mesra dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di sebuah hotel di sini, pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan, papan iklan yang menampilkan gambarnya dan teks Kerajaan Madani tidak lagi dipasang di seluruh negara.

Menurut beliau, papan iklan berkenaan sebelum ini dipasang tanpa kelulusan dan persetujuan beliau termasuk ketika lawatannya di sekitar Bandaraya Alor Setar.

Tambah Anwar, beliau difahamkan oleh jabatan yang terlibat bahawa pemasangan papan iklan berkenaan adalah menggunakan peruntukan yang dikeluarkan pentadbiran kerajaan sebelum ini.



Sehubungan itu, atas dasar dan pendirian baharu Kerajaan Madani, pemasangan papan iklan baharu tidak akan dibuat selepas ini dan peruntukannya akan digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

"Jadi saya (telah) arahkan semua 'billboard' (yang tampilkan saya serta tulisan Kerajaan Madani) yang baharu (selepas ini) dihentikan, kekal yang (sedia) ada sahaja dan saya tidak mahu ini diteruskan kerana ia menunjukkan satu pendirian Kerajaan Madani, hormatinya.

"(Sebelum ini ia dipasang) kerana pegawai yang terlibat itu merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, kebetulan saya tidak dimaklum (berkaitan itu) dan saya tidak boleh beri (sebarang) keputusan.

"Oleh kerana saya sudah dimaklum (pihak terlibat), saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat 'billboard' besar-besar, cukuplah yang ada, tetapi tidak boleh diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar tidak menyalahkan mana-mana agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasang papan iklan berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 12 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 7 hrs 21 mins ago