Translate

21 April 2023

Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P

 Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P

Bernama

April 21, 2023Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P

Joko Widodo berharap kepimpinan baharu akan datang meneruskan program strategik yang telah diumumkan untuk mewujudkan kebajikan yang adil dan saksama. -Gambar Facebook PDI Perjuangan

Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P

Joko Widodo berharap kepimpinan baharu akan datang meneruskan program strategik yang telah diumumkan untuk mewujudkan kebajikan yang adil dan saksama. -Gambar Facebook PDI Perjuangan

JAKARTA: Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.

Ganjar, 54, merupakan gabenor Jawa Tengah sejak 2013 dan kader PDI-P.

"Saya menetapkan Ganjar Pranowo untuk ditingkatkan tugasnya sebagai calon presiden," kata Ketua Umum Megawati Soekarnoputri hari ini.



Menurutnya, Ganjar menjadi bukti kejayaan partinya dalam menyediakan pendidikan politik dan barisan pelapis untuk kesinambungan kepimpinan.

Pengumuman yang dibuat di Istana Batutulis, Bogor, Jawa Barat, dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo yang juga kader PDI-P dan Pengurus Dewan Pimpinan Pusat PDI-P Puan Maharani.

Pada acara itu, Joko Widodo berharap kepimpinan baharu akan datang meneruskan program strategik yang telah diumumkan untuk mewujudkan kebajikan yang adil dan saksama.

Ganjar memohon semua kader parti memberi maklum balas sama ada kritikan dan cadangan dengan menyatakan 'inilah momentum untuk kita berganding bahu bersatu'.

Komisi Pemilihan Umum menetapkan tarikh akhir pendaftaran bagi pencalonan presiden adalah pada 19 Oktober dan pengundian akan berlangsung pada 14 Februari 2024.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 6 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 7 hrs 26 mins ago