Translate

29 April 2023

Kerajaan negeri Melaka akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu

 MELAKA SEMAK SEMULA PENARAFAN BINTANG BAGI HOTEL

BERNAMA




Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (tengah) diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Rauf Yusoh (tiga, kiri) hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (dua, kiri) di Telok Mas di sini malam ini.


MELAKA, 29 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu bagi memastikan perkhidmatan diberikan sesuai dengan penilaian diterima.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata langkah itu juga bagi memastikan hotel-hotel di Melaka sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan penginapan kepada pengunjung.

"Ini bukan sahaja membabitkan aduan yang diterima daripada pelancong, tetapi kita juga mahu berikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara, di samping menjadi sebagai persediaan kita untuk menyambut Tahun Melawat Melaka 2024.

"Sebagai contoh ada hotel yang bertaraf tiga atau empat bintang tetapi perkhidmatan diberikan tidak sampai dengan penarafan bintang yang diterima hotel berkenaan," katanya kepada pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di Telok Mas di sini malam tadi.

Hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu Abdul Razak berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedang menaik taraf empat muzium di negeri itu bagi menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelancong.

"Sehingga 31 Mac lepas jumlah pengunjung muzium di Melaka mencatatkan seramai 329,000 orang dengan jumlah kutipan tiket bernilai RM1.2 juta dan kita optimis sasaran satu juta pengunjung di muzium Melaka dapat dicapai hujung tahun ini," katanya.

Selain  itu katanya kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan sebuah lagi muzium adat perpatih iaitu adat yang turut diamalkan sebahagian masyarakat di beberapa kawasan di Alor Gajah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 4 hrs 18 mins ago