Translate

12 April 2021

Diskaun 50 Peratus Saman Dilanjut Hingga Khamis Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.


Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini

Astro Awani
12/4/2021

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tempoh lanjutan sehingga Khamis itu dibuat atas sambutan yang menggalakkan dan permintaan orang awam.

"JSPT melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus sehingga 15 April (Khamis) menerusi MyBayar Saman," katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azisman berkata, lebih RM73 juta bayaran saman dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman dalam tempoh 18 hari sejak ia dilancarkan pada 25 Mac lalu.

Katanya, jumlah itu membabitkan sebanyak 659,998 saman yang dibayar, lapor Sinar Harian.

"Sebanyak 56,909 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM6.28 juta pada semalam (Ahad)," katanya.

Tambah Azisman, seramai 708,030 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi terbabit.

Pada 25 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tawaran sempena sambutan Hari Polis ke-214 itu akan bermula pada 25 Mac hingga 11 April.

Kata Abdul Hamid, semua jenis kompaun saman diberikan diskaun 50 peratus sehingga 11 April ini kecuali enam kesalahan utama iaitu memotong garis kembar, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju ditetapkan di lebuh raya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak berhenti di lampu isyarat.

Source: Astro Awani / Sinar Harian



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Rancang perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA | B' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr ago
A visitor from Shah alam viewed '"Ini penyakit marah, bukan fakta e' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr 3 mins ago
A visitor from San jose viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain krik' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago