Translate

11 March 2021

UMNO Dan Pas Bersetuju Perkukuh Muafakat Nasional - Kenyataan Bersama


UMNO dan Pas bersetuju perkukuh Muafakat Nasional


Astro Awani
11/3/2021

KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas dalam mesyuarat malam ini menyatakan pendirian untuk terus memperkukuhkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, pada Rabu malam.

“Muafakat Nasional malam ini telah mengadakan mesyuarat bulanan seperti biasa mengikut jadual.

“Mesyuarat bersetuju untuk terus memperkukuh Muafakat Nasional,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Muafakat Nasional turut menzahirkan keprihatinan yang amat serius berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang-orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.

"Mesyuarat juga menggesa kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ini ke Mahkamah Rayuan," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO dan Pas perlu mencapai kata muafakat bagi memastikan tidak ada pertembungan antara dua parti Melayu Islam terbesar itu sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, perkara itu antara yang diharapkan kedua-dua pimpinan bagi memastikan hubungan yang terjalin sejak pemeteraian Piagam Muafakat Nasional perlu diteruskan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dirungkaikan kemudian.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED