Translate

03 November 2024

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024



PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024

Bernama

03/11/2024


Anwar (dua, kiri) melambaikan tangan kepada para penonton ketika hadir pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. -Bernama


SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang.

Persaingan sengit antara Francesco Bagnaia dan Jorge Martin untuk gelaran dunia MotoGP 2024, dengan Martin mendahului kejuaraan.

Celestino Vietti memenangi gelaran ketiga Moto2 musim ini, dan David Alonso merangkul gelaran ke-13 Moto3 musim ini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta Pengerusi SIC Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung pukul 3 petang.

Selepas perlumbaan bermula, Anwar kemudian beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan GP Malaysia 2024 di pusat media SIC.

Beliau turut mengambil peluang berkunjung ke Pavilion Petronas dan Rakan Muda yang terletak di pekarangan mall area SIC.

Perlumbaan MotoGP hari ini menyaksikan persaingan sengit perebutan gelaran dunia antara juara bertahan Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo Team dan pencabar terdekatnya, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing.

Martin ketika ini mendahului kedudukan kejuaraan dunia MotoGP 2024 dengan 465 mata manakala Bagnaia pula berada di tempat kedua dengan 436 mata.

Terdahulu, pelumba Moto2 daripada pasukan Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini manakala juara dunia baharu Moto3, David Alonso daripada CFMOTO Gaviota Aspar pula menampilkan tunggangan hebat untuk merangkul gelaran ke-13 musim ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED