Translate
12 November 2024
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Bernama
11/11/2024
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023. - Foto KWSP
KUALA LUMPUR: Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.57 bilion bagi Januari hingga September 2024, meningkat 20 peratus berbanding RM47.86 bilion dalam tempoh sama pada 2023.
"Prestasi kukuh KWSP adalah bukti kepada strategi pelaburannya yang merangkumi portfolio yang pelbagai merentasi kelas aset utama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat dengan kukuh sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2024.
"Pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) yang dinantikan telah mendorong sentimen pasaran dan keuntungan merentasi pelbagai sektor, termasuk amanah pelaburan hartanah, utiliti dan kewangan, yang semuanya memberi kesan positif kepada portfolio pelaburan KWSP.
"Bagaimanapun, risiko kekal dalam prospek global seperti trajektori dan kadar pengurangan kadar faedah, ketegangan geopolitik yang berterusan dan semakin meningkat terutama di Timur Tengah, serta potensi tarif import yang lebih tinggi ke AS dengan pemilihan Donald Trump minggu lepas," kata Ahmad Zulqarnain.
Beliau berkata pendapatan daripada pelaburan ekuiti terus menjadi penyumbang besar kepada pendapatan suku ketiga 2024, menjana sebanyak RM18.32 bilion berbanding RM9.17 bilion dalam suku ketiga 2023.
Sementara itu, instrumen pendapatan tetap menyediakan aliran pendapatan stabil dan mengurangkan impak ketidaktentuan pasaran jangka pendek -- dengan kelas aset ini, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan bon sama taraf, serta pinjaman dan bon, menyumbang 33 peratus atau RM6.51 bilion kepada jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2024.
Hartanah dan infrastruktur pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM820 juta dalam suku ketiga 2024 berdasarkan kadar mata wang tetap.
"Memandangkan majoriti pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang didenominasikan dalam mata wang selain ringgit, dan dengan pengukuhan ringgit baru-baru ini berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024, kelas aset ini masing-masing mengalami kerugian RM3.71 bilion dan RM1.45 bilion selepas penukaran mata wang asing," katanya.
Bagaimanapun kedudukan ini bersifat sementara, mencerminkan pergerakan mata wang semasa.
Selain itu, pelaburan KWSP dalam hartanah dan infrastruktur adalah untuk jangka masa panjang, dengan pergerakan mata wang mempunyai impak yang lebih kecil terhadap pulangan sebenar keseluruhan.
Setakat September 2024, jumlah aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.22 trilion dengan 62.2 peratus dan 37.8 peratus diperuntukkan kepada pelaburan dalam dan luar negara.
"Dalam suku ketiga 2024, pelaburan luar negara menyumbang RM10.50 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.
"Daripada jumlah pendapatan pelaburan, RM48.02 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional manakala RM9.55 bilion untuk Simpanan Syariah," kata KWSP.
Pasaran buruh Malaysia pula menunjukkan prestasi yang kukuh, dengan peningkatan pekerjaan sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.2 peratus.
Selain itu, kadar penyertaan tenaga kerja kekal stabil pada 70.5 peratus.
Persekitaran pasaran buruh yang positif ini telah menyumbang kepada peningkatan keahlian baharu KWSP sebanyak 364,364, menjadikan jumlah keahlian setakat September 2024 kepada 16.1 juta.
Jumlah ahli aktif berjumlah 8.69 juta mewakili 50.4 peratus daripada 17.24 juta tenaga kerja Malaysia.
Selain itu, pendaftaran majikan baharu yang dicatatkan dalam tempoh tersebut ialah 55,717, menjadikan jumlah majikan aktif berdaftar dengan KWSP kepada 612,889.
Jumlah sumbangan yang diterima meningkat daripada RM23.1 bilion pada suku ketiga 2023 kepada RM25.2 bilion pada suku ketiga 2024, katanya.
Sepanjang separuh pertama 2024, jumlah sumbangan i-Saraan meningkat 103 peratus kepada RM1.61 bilion daripada RM789.3 juta dan peningkatan 56 peratus kepada 30,196 daripada 211,361 ahli dalam tempoh sembilan bulan 2023.
Dalam sembilan bulan pertama 2024, KWSP mencatatkan pertumbuhan 29 peratus dalam bilangan pencarum sukarela kepada 938,695 daripada 730,066 pada sembilan bulan pertama 2023.
Jumlah caruman sukarela sebanyak RM10.37 bilion, peningkatan 72 peratus daripada RM6.03 bilion pada sembilan bulan pertama 2023.
Sementara itu, bilangan ahli sektor formal yang memilih untuk mencarum melebihi kadar berkanun adalah 65,695 dalam sembilan bulan pertama 2024 berbanding 55,946 dalam sembilan bulan pertama 2023.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Nov 2024
(825)
- Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi...
- Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan
- Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah run...
- Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalaha...
- 122,631 Mangsa Banjir Seluruh Negara
- Lelaki Curi Jam Rolex Telah Diberkas
- Op Khas Motosikal: 34 Penunggang Positif Dadah, 22...
- Flood: KPKM activates disaster operation room, to ...
- Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan ...
- Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - A...
- Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaa...
- Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas l...
- Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang...
- Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pa...
- Flood: Youth ties drums to bed to keep ailing fath...
- Floods: No evacuation of victims in Sepang distric...
- Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance ov...
- Big tech says Australia "rushed" social media ban ...
- Flood situation continues to worsen, victims excee...
- Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana p...
- Leave for all Cabinet ministers frozen - PM Anwar
- Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh denga...
- Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pe...
- 11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bers...
- Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
- Member of prominent Rothschild family found dead a...
- Manchester United 3-2 Bodø/Glimt | Europa League 2...
- Tottenham Hotspur 2-2 Roma | Europa League 24/25 M...
- PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digit...
- Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
- Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak g...
- Putin denies deliberately scaring Merkel with his ...
- Cabbie, two passengers met fiery end as NGV taxi c...
- US, China swap detained citizens after years of di...
- Tycoon Ananda Krishnan’s companies see slight dip ...
- 266 telco towers still not operational, exceeding ...
- Eight individuals detained on suspicion of being f...
- What you need to know about Adani US bribery indic...
- Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in co...
- 266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembila...
- KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan ko...
- Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh huku...
- Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripa...
- PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakya...
- Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat ...
- Banjir bertambah buruk di Kelantan, mangsa meningk...
- SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami -...
- Suspek Dikehendaki Maut Berbalas Tembakan Di Serem...
- Rayuan Najib Ditangguh Lagi Kerana Hakim Tarik Diri
- Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
- Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes r...
- Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
- Prabowo's coalition dominate Indonesian regional e...
- Usaha Tegas Chairman Ananda Krishnan passes away
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
-
▼
Nov 2024
(825)