Translate

23 October 2024

Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli



Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli

Astro Awani

23/10/2024


CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporkan makan di McDonald's sebelum penyakit mereka bermula. - Foto X/CDC


SEORANG maut manakala 49 lagi jatuh sakit akibat jangkitan bakteria E.Coli yang dikaitkan dengan burger jenis Quarter Pounder McDonald's di 10 negeri Amerika Syarikat (AS), menurut pengawai kesihatan pada Selasa.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan, mangsa maut melibatkan seorang warga emas di Colorado.

Seorang kanak-kanak pula masih menerima rawatan di hospital.

Tambahnya, semua individu ditemu bual melaporkan makan di McDonald's sebelum penyakit mereka bermula dan paling khusus menyebut makan burger Quarter Pounder.

Ujarnya lagi saham syarikat itu turun kira-kira 9 peratus selepas dakwaan tersebut.

Penularan wabak terbaharu ini dilaporkan bermula antara 27 September dan 11 Oktober di Colorado, Iowa, Kansas, Missouri, Montana, Nebraska, Oregon, Utah, Wisconsin dan Wyoming.

Kes paling banyak iaitu 27 kes dilaporkan di Colorado diikuti Nebraska dengan 9 kes.

Kejadian juga disiasat Jabatan Pertanian AS dan Pentadbiran Makananan dan Ubat-ubatan (FDA).

Ramuan khas yang dikaitkan dengan penyakit itu masih belum dikenal pasti, namun pegawai penyiasat memberi tumpuan kepada bawang segar yang dihiris dan daging segar.

CDC menambah, McDonald's memaklumkan secara proaktif mengeluarkan potongan bawang dan daging lembu yang diguanakan untuk burger dari kedai-kedai di negeri terjejas sementara siasatan diteruskan.

Gejala E.Coli termasuk kekejangan perut yang teruk, cirit-birit dan muntah.

Wabak E.Coli sering merebak di AS dengan 74,000 jangkitan dilaporkan setiap tahun menyebabkan lebih 2,000 mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital dan 61 kematian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED