Translate

04 November 2024

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM



Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Bernama

04/11/2024


Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 30 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM1.0 bilion untuk tujuh hari. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Isnin, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 30 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM1.0 bilion untuk tujuh hari.

Selain itu, BNM telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bagi RM34.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM20.5 bilion.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED