Translate

10 March 2021

Bekas Ahli Parlimen Datuk Tamrin Ghafar Baba Dituduh Hina Kerabat Diraja Johor


 



Tamrin dituduh hina kerabat diraja Johor

Harian Metro
10/3/2021

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina kerabat diraja Johor, tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mohd Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam dituduh menggunakan blog secara sedar membuat komunikasi jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain yang dibaca di laman Facebook.

Mohd Tamrin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Source: Harian Metro YouTube


The offending Post:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED