Translate

31 January 2021

PKP Di Dua Daerah Di Sarawak, Penjara Simpang Renggam Dan Kuarters Kakitangan Dikenakan PKPD



PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dua daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan di Kluang, Johor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di kawasan-kawasan terbabit.

"Dua daerah di Sarawak adalah Song dan Kapit, yang mana PKP akan bermula dari 2 Februari hingga 15 Februari.

"Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan pula akan dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Februari.

"SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

"SOP PKP pula sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dua wakil isi rumah, pergerakan kecemasan dengan kebenaran PDRM dan aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam," katanya dalam kenyataan media harian.

Pelaksanaan PKP dan PKPD ini, tambahnya, akan membantu memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan secara bersasar untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

Source: Astro Awani



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 2 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 7 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 36 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 44 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal govt channels RM14.7 mln to Selangor for d' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rape and incest reports surge 22 per cent in Kelan' 1 hr ago