Translate

14 October 2020

Waktu Operasi Kaunter LHDN Ketika Tempoh PKPB, PKPD Dan PKPDB



Waktu operasi kaunter LHDN ketika tempoh PKPB, PKPD Dan PKPDB
BERNAMA
14/10/2020 07:52 PM


KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Waktu operasi kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di beberapa cawangannya akan berubah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

LHDN dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata kaunter setempat dan kaunter duti setem cawangan LHDN di Sabah iaitu Tawau akan beroperasi semula pada 15 Oktober depan, manakala cawangan Kota Kinabalu dan Sandakan masih lagi ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Waktu operasi kaunter setempat (perkhidmatan percukaian) bagi cawangan Tawau, Keningau, Pusat Satelit Lahad Datu di Sabah; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor adalah dari pukul 8 pagi hingga 3 petang dan dibuka Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Bagi kaunter duti setem iaitu pejabat setem cawangan dan pusat khidmat hasil (PKH) bagi kawasan-kawasan yang berada dalam tempoh PKPB, ia dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, semua pejabat LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur termasuk Pusat Bayaran Kuala Lumpur masih ditutup sehingga 16 Okt ini bagi kerja-kerja sanitasi.

"Sepanjang tempoh penutupan ini, bayaran cukai boleh dibuat secara dalam talian (portal ByrHasil) atau di kaunter bank ejen yang dilantik oleh LHDN, manakala bayaran cukai pegangan pula, pembayar cukai disarankan untuk menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (sekiranya berada di luar negara) atau menerusi e-mel HelpTTpayment@hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aturan bayaran," kata LHDN.

Selain itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur mulau 19 Oktober hingga 27 Okt adalah pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 2.30 petang untuk bayaran secara tunai dan kad kredit manakala Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 4 petang bagi bayaran selain daripada tunai.

Kaunter duti setem di cawangan Labuan akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang,cawangan Alor Setar akan beroperasi pada Ahad hingga Rabu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang sementara pada hari Khamis kaunter ia akan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang.

LHDN berkata semua kaunternya hanya menerima bayaran yang dibuat secara tunai sehingga pukul 1 tengah hari sahaja.

"LHDN akan mengemas kini waktu operasi cawangan, Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB, PKPD dan PKPDB. Dalam tempoh ini, pembayar cukai dinasihati untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian," katanya.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 bagi mereka yang berada di luar negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED