Translate

14 October 2020

Tengku Razaleigh Gesa Dewan Rakyat Bahas Usul Tidak Percaya


Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya
Astro Awani
14 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.

Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Razaleigh berpendapat Usul Tidak Percaya itu amat penting atas beberapa sebab antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan DYMM Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar kerajaan kepimpinan perdana menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.

"Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Menerusi surat itu juga, veteran UMNO itu mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh perdana menteri namun menolaknya.

"Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan "Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen" sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

"Bahagian kecil (sub-section) ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud "penyogokan politik"," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS:






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED