Translate

25 October 2017

Zahirah MacWilson berkongsikan perbualan dengan Kamal Adli di Instagram dan memberi kenyataan kepada Harian Metro




Kamal Adli Tak Mahu Burukkan Lagi Keadaan, Nampak Bodoh

Hubungan cinta tidak kesampaian di antara pelakon Kamal Adli dan juga Emma Maembong kini memasuki episod terbaru apabila gandingan drama bersama Kamal iaitu Zahirah MacWilson berkongsikan perbualan mereka bersama di Instagra

“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality. Jangan disrespect nama orang, kerja orang dan life orang”
“Jadi matang sikit dan jangan hendak perasan lebih. Fokus kat kerja instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak fasal-fasal disebabkan kerja bangang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,” luah Zahirah.

Sementara itu, melalui mStar Online, Kamal menyatakan dia sudah cukup penat untuk melayan segala apa yang dilaluinya kini dan mengambil keputusan untuk tidak terus bercerita tentang perkara berkenaan.
“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu. Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri. Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” jelasnya.
Bagi anda yang tertanya-tanya, hubungan di antara Emma dan Kamal baru-baru ini dikatakan berantakan malah dalam masa yang sama nama Zahirah turut dikaitkan.
Apa yang menariknya, karaoke sekali lagi menjadi topik yang dibincangkan oleh Kamal dan Zahirah di dalam mesej mereka. 2017 ialah tahun karaoke. (rtky/s)

See all on Rotikaya.com



"Kamal Adli Petik Nama Saya Untuk Selamatkan Diri"

Tidak tahan namanya terus dipersalahkan menjadi punca perpisahan Emma Maembong dan Kamal Adli, Zahirah Macwilson tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Zahirah, Kamal seolah menjadikan dirinya seperti kambing hitam dan memetik namanya sesuka hati dalam beberapa hal hingga menyebabkan Emma bersangka buruk.

“Saya bagi muat naik screenshot perbualan saya dengan Kamal sebab saya masih nampak nama saya dipetik dalam kenyataan Emma- putus hubungan. Saya terus mesej Emma tanyakan hal itu, lepas tu Emma bagi mesej dari Kamal cakap saya terhegeh-hegeh dekat dia sebab itulah saya marah”
“Sebelum ini cakap kami tiada apa-apa sekarang cakap kat Emma saya pula terhegeh-hegeh dekat dia, mestilah Emma sakit hati. Kalau dah buat salah mengaku, jangan libatkan orang lain. Tiga minggu lepas saya ada berjumpa dengan Kamal, Emma dan Zul untuk selesaikan masalah ini.
“Saya jelaskan perkara sebenar pada Emma, siap salam sebab ingat dah selesai. Tiba-tiba ada kenyataan dari Emma masih kaitkan nama saya lagi dalam hubungan mereka. Saya tak pernah keluar berdua dengan dia. Saya rasa macam kena tikam belakang sebab Kamal suka putar belitkan keadaan. Kalau saya nak sorok apa-apa saya tak akan ajak Emma untuk berjumpa”

Selain itu, Zahirah turut mendedahkan sikap Kamal yang tidak jujur pada Emma dengan menyorokkan beberapa perkara. Malah Zahirah sendiri tidak tahu namanya dipetik dalam cerita yang direka oleh Kamal, sehingga membaca kenyataan hubungan Emma dan Kamal putus pada hari ini.
“Saya faham Emma sakit hati dengan apa yang Kamal cakap pasal saya depan dia, tapi apa yang Kamal cakap pada Emma hanya ingin selamatkan dirinya saja. Dia kata dia akan jawab dengan media, tapi saya tahu dia tak akan mengaku salah dia. Sekarang semua sudah tunding jari pada saya,”. (rtky/w)

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED