Selain Siti Nurhaliza, pelakon Eizlan Yusof juga turut menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang.
Namun, ramai pula yang mengkritik gelaran Datuk Seri yang diterima oleh Eizlan dan tertanya apakah sumbangan beliau kepada negara sehingga boleh bergelar Datuk Seri? Walaubagaimanapun, Eizlan tidak mahu ambil peduli dengan sindiran ataupun komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.
Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka. Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?
Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya. Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut.
Mungkin ada pencapaian Datuk Seri Eizlan Yusof selain bidang seni yang kita tidak tahu. Apa-apa pun, sudah rezeki beliau untuk mendapat gelaran tersebut.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Datuk Seri Maria Menado, pelakon Adiputra juga adalah antara penerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Ke 87 SUltan Pahang yang berlangsung semalam.
Adi mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya dan keluarga melalui satu kapsyen Instagram:
Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yg adi tercinta, Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi.
Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, ialah Penaung Pertubuhan Kebajikan Kanser Johor atau Johor I Care Society.
Lagi gambar dengan  membaca entri ini sepenuhnya.
“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC Jalan Ampang, uala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”




Bekas isteri Adi, Aida Yusof, turut menyampaikan ucapan tahniahnya buat Adi bersempena pengurniaaan darjah tersebut. Tahniah juga diucapkan buat Adi dari penulis atas pencapaian ini. – beautifulnara.com

beautifulnara.com
http://beautifulnara.com/eizlan-yusof-tidak-kisah-gelaran-datuk-seri-dikritik-sesetengah-pihak/