Translate

30 October 2017

Nasib tak baik menimpa pelawak Nabil Ahmad apabila kereta Toyota jenis Vellfire miliknya hilang

Kereta Nabil Hilang 7 Jam Sebelum ‘Gegar Vaganza 4’

Nabil dan Jihan Muse, hos Gegar Vaganza musim keempat. FOTO: Instagram Gegar Vaganza.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Nasib tak baik menimpa pelawak Nabil Ahmad apabila kereta Toyota jenis Vellfire miliknya hilang kira-kira tujuh jam sebelum memulakan tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Nabil, 34, berkata, kereta berwarna putih dengan nombor pendaftaran JRP46 itu hilang ketika dia ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah itu.
"Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak.
"Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/29/kereta-nabil-hilang/~/media/e0b84e861cfe4b7ab582e4eeeb4064de.ashx?la=en

Contoh kereta Totoya Vellfire. Foto: Laman web rasmi Toyota.
"Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri," katanya kepada mStar Online.
Nabil ditemui di belakang pentas pada konsert Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.
Dalam program GV4, Nabil merupakan pengacara bergandingan bersama Jihan Muse.
Sementara itu, Nabil memaklumkan sudah membuat satu laporan polis di balai polis Taman Tun Dr. Ismail.
"Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik," katanya.
Tambah Nabil, kejadian itu menyebabkan dia pulang ke rumah dihantar oleh pihak polis selepas laporan dibuat.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/29/kereta-nabil-hilang/#iXy6S7BKf8tW26jY.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 46 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 5 hrs ago