Translate

25 October 2017

Pelakon filem Munafik dan Tombiruo Nabila Huda terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota


Nabila Huda dikejarkan ke hospital




KUALA LUMPUR: Nabila Huda terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota kerana tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian pangkal peha, kelmarin.

Nabila, 32, bagaimanapun memilih untuk tidak bermalam di pusat rawatan berkenaan bagi melangsaikan penggambaran drama rantaian, Dendam Aurora, yang kini menemui penonton di sebuah saluran berbayar.

“Saya mengalami rasa sakit pada bahagian pangkal peha sehingga tidak dapat bergerak. Akhirnya saya dikejarkan ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan. Namun sehingga kini punca kesakitan belum dapat dikenal pasti.

“Ujian imbasan MRI bakal dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kesakitan yang saya alami ini. Buat waktu ini, doktor belum dapat memberi pengesahan, apakah penyakit sebenarnya.


“Oleh itu, saya memilih untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu urusan kerja terganggu pula. Rasa sakit ini pun sekejap datang dan sekejap lagi menghilang,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Munafik dan Tombiruo itu mengakui, jadual kerja yang padat turut menyumbang kepada keadaan kesihatannya.

Selain terikat dengan penggambaran drama rantaian 100 episod berkenaan, Nabila juga sempat melunaskan amanah sebagai pengacara Anugerah Planet Muzik 2017 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
www.kepohkuat.com

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar, Zahid, Cabinet Ministers pays last respects' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bunuh bekas suami, Nurima dipenjara 20 tahun | BES' 1 hr 5 mins ago