Translate

02 October 2017

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kerugian RM100,000

..
Hasrat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mahu menceburi perniagaan produk minyak wangi tidak kesampaian sebaliknya mereka ditipu oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sehingga menyebabkan mereka kerugian sebanyak RM100,000.

Memetik laporan Harian Metro, Aeril berkata wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilkan produk tersebut.
Malangnya setelah tiga bulan, produk berkenaan tidak dihasilkan seperti yang dijanji individu terbabit.
"Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.
"Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap," katanya.
Kesal dengan hal yang berlaku, Aeril menuntut supaya pihak tidak bertanggungjwab itu memulangkan semula wangnya. Malangnya, Aeril menerima cek tendang daripada pihak lelaki tersebut.
"Selepas beberapa bulan mendesak, dia bersetuju memulangkan semula wang saya dengan memberikan cek pada awal tahun ini. Malangnya, apabila saya cuba menukarnya di bank saya dapati ia cek tendang.
"Saya difahamkan daripada beberapa bekas pekerjanya, wang saya itu digunakan untuk perkara lain," katanya.
Dia juga sudah berusaha menghubungi dan menghantar mesej kepada Datuk berkenaan tetapi gagal.
"Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini.
"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas," katanya.
Ekoran itu, Aeril telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, pada Ahad

http://malaysiandigest.com/hiburan/700283-sudahlah-rugi-rm100-000-dapat-pula-cek-tendang.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED