Translate

02 October 2017

Kilafairy Tak Peduli Komen Lucah kerana foto menunjukkan gaya badannya melentik dan menonjolkan 'asetnya'

'Posing' Melentik, Kilafairy Tak Peduli Komen Lucah

..
Gara-gara sekeping foto menunjukkan gaya badannya melentik dan menonjolkan 'asetnya', Kilafairy menerima komen berbaur lucah daripada pengikut di laman sosial.
Pelakon berusia 25 tahun itu telah memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya yang menarik perhatian netizen pada bahagian dada dan pinggulnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis, foto tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan yang dipegangnya.
Memetik laporan mStar online, Kila bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan komen negatif itu sebaliknya anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil, ini membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut. Baginya boleh menghalang apa yang orang nak kata atau bercakap tentangnya.
"Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.
"Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain," katanya.
..
Kilafairy sememangnya memiliki potongan bentuk badan yang menarik dan langsing sehingga sentiasa menarik perhatian. Malah dia juga berani tampil seksi dan sering memuat naik foto-fotonya yang mempamerkan bentuk badannya di laman sosial.
Sebelum ini selebriti Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen yang berbaur lucah di Instagram aktres itu sehingga menjadi perbualan hangat netizen.
http://www.malaysiandigest.com/hiburan/700274-posing-melentik-kilafairy-tak-peduli-komen-lucah.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED