Translate

21 November 2016

"Apapun kami berdua masih bahagia dan kekal sebagai pasangan suami isteri," Kata Farid Kamil


Kami Bahagia, Masih Kekal Suami Isteri - Farid Kamil


Details Published on Monday, 21 November 2016 08:21


.

Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita keretakan bahtera rumah tangga pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle.



Lebih mengejutkan Diana sendiri telah membuat pengakuan hadir ke mahkamah syariah bersama peguam untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka yang baru mencecah usia empat tahun.

Sementara Farid yang selama ini berdiam akhirnya mengakui terkejut apabila kenyataan tersebut keluar daripada mulut isterianya. Kata aktor itu, apa yang lebih membimbangkannya apabila ada pihak yang memperbesar-besarkan kisah berkenaan.

"Adalah normal untuk orang sekeliling mahupun peminat mengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada saya atau Diana.

"Oleh itu, saya harap apa yang berlaku terhadap kami diambil teladan orang lain. Ini kerana setiap hari dalam perkahwinan adalah proses pembelajaran yang tidak pernah tamat.

"Apapun kami berdua masih bahagia dan kekal sebagai pasangan suami isteri," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Tidak tertekan dengan kemerlut yang melanda, sebaliknya kata Farid, dia dan Diana berusaha untuk membaiki segala kesilapan serta bermuhasabah diri.

"Sebenarnya perkara itu langsung tidak mengganggu emosi saya. Saya tidak tertekan, marah atau menegurnya. Bagi saya, perkahwinan adalah suatu rahmat dan dugaan yang berlaku pula merupakan nikmat untuk membaiki segala kesilapan serta bermuhasabah diri. Setiap masalah yang berlaku dalam perkahwinan harus dibincangkan secara tertutup.

"Ia suatu momen yang perlu dilalui untuk saya mengenali pasangan dengan lebih dekat dan secara tidak langsung membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan perkahwinan kami.

"Alhamdulillah kami mendapat penerangan daripada pihak yang pakar tentang perkahwinan dan sedikit sebanyak membantu kami menambahkan ilmu rumah tangga. Saya akui memang ada perubahan positif tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua sahaja," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 8 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona Thump Dortmund as Aston Villa falls to P' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal govt channels RM14.7 mln to Selangor for d' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rape and incest reports surge 22 per cent in Kelan' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 46 mins ago