Guna Bomoh Tuduhan Mengarut - Zur Eda
Malaysian Digest
.
Penyanyi veteran Zur Eda menyifatkan tuduhan sesetengah pihak mengatakan beliau menggunakan bomoh untuk kekal dalam program realiti Gegar Vaganza (GV3) sebelum ini sangat mengarut.
Memetik laporan Kosmo! Zur Eda berkata, walaupun beliau mempercayai perkara tahyul namun tidak pernah terlintas difikiran untuk mengamalkannya sebaliknya dia tetap percaya kepada Tuhan.
"Kalau betul guna bomoh, kenapa saya boleh tersingkir pada minggu suku akhir?
"Secara jujurnya, saya percaya perkara-perkara tahyul sebegitu memang ada tetapi apa yang lebih utama adalah saya percaya kepada Tuhan.
"Kadangkala saya pun tidak faham mengapa orang kita sangat gemar mengaitkan masalah sakit atau nasib kepada bomoh , walhal kadang ada banyak perkara lain yang menjadi penyebab.
"Jadual yang sangat padat, kurang tidur dan waktu makan tidak menentu boleh menjadi faktor jatuh sakit
Mengakui berasa sedih dan kecil hati dengan tuduhan yang dilemparkan namun dia sudah pesan kepada diri sendiri untuk tabah mengharungi apa jua cabaran sepanjang berada dalam program tersebut.
"Apa pun, saya sangat bersyukur kerana walaupun diuji dengan bermacam perkara tetapi masih mampu untuk bertahan sehingga ke minggu keenam," katanya yang tersingkir minggu lalu.