Translate

21 November 2016

"Apapun kami berdua masih bahagia dan kekal sebagai pasangan suami isteri," Kata Farid Kamil


Kami Bahagia, Masih Kekal Suami Isteri - Farid Kamil


Details Published on Monday, 21 November 2016 08:21


.

Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita keretakan bahtera rumah tangga pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle.



Lebih mengejutkan Diana sendiri telah membuat pengakuan hadir ke mahkamah syariah bersama peguam untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka yang baru mencecah usia empat tahun.

Sementara Farid yang selama ini berdiam akhirnya mengakui terkejut apabila kenyataan tersebut keluar daripada mulut isterianya. Kata aktor itu, apa yang lebih membimbangkannya apabila ada pihak yang memperbesar-besarkan kisah berkenaan.

"Adalah normal untuk orang sekeliling mahupun peminat mengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada saya atau Diana.

"Oleh itu, saya harap apa yang berlaku terhadap kami diambil teladan orang lain. Ini kerana setiap hari dalam perkahwinan adalah proses pembelajaran yang tidak pernah tamat.

"Apapun kami berdua masih bahagia dan kekal sebagai pasangan suami isteri," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Tidak tertekan dengan kemerlut yang melanda, sebaliknya kata Farid, dia dan Diana berusaha untuk membaiki segala kesilapan serta bermuhasabah diri.

"Sebenarnya perkara itu langsung tidak mengganggu emosi saya. Saya tidak tertekan, marah atau menegurnya. Bagi saya, perkahwinan adalah suatu rahmat dan dugaan yang berlaku pula merupakan nikmat untuk membaiki segala kesilapan serta bermuhasabah diri. Setiap masalah yang berlaku dalam perkahwinan harus dibincangkan secara tertutup.

"Ia suatu momen yang perlu dilalui untuk saya mengenali pasangan dengan lebih dekat dan secara tidak langsung membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan perkahwinan kami.

"Alhamdulillah kami mendapat penerangan daripada pihak yang pakar tentang perkahwinan dan sedikit sebanyak membantu kami menambahkan ilmu rumah tangga. Saya akui memang ada perubahan positif tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua sahaja," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tunggu hasil siasatan JPP - Ramanan' 3 hrs 1 min ago