Translate

28 November 2016

Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai majikan memukul seorang pekerja warga asing menjadi viral


[Video] Pekerja Dipukul Dengan Kayu Oleh Majikan Dipercayai Bermain Selepas Habis Kerja

MD
KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai majikan memukul seorang pekerja warga asing bertubi-tubi menggunakan sebatang kayu di dalam sebuah bilik viral di laman sosial, sejak semalam.
Kejadian dipercayai berlaku gara-gara pekerja asing terbabit bermain selepas habis waktu kerja mengakibatkan majikannya berang.
Menerusi video berdurasi 51 minit yang dimuat naik di laman Facebook Huan Penang Lang, lelaki berbaju biru itu bertindak memukul mangsa di bahagian kaki secara bertalu-talu tanpa belas kasihan.
Kedengaran warga asing terbabit merayu agar lelaki berkenaan tidak memukulnya, namun rayuannya tidak diendahkan.
Sementara, seorang lelaki yang memakai baju kuning tertera perkataan ‘Bersih 5’ kelihatan hanya melihat mangsa dipukul tanpa berbuat apa-apa.
Berdasarkan dielek, suspek dipercayai berbangsa Cina. Namun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
"Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?" kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.
Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 78,000 kali dan dikongsi lebih 4,047 pengguna Facebook.
Rata-rata netizen mengecam tehadap tindakan majikan terbabit memukul mangsa.
Seorang pengguna Twitter CaptRahmat (@CaptRahmat) memuat naik video tersebut di entrinya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden kekerasan melampau itu.
“Mohon @PDRMsia siasat insiden kekerasan melampau yang sedang diviralkan dalam media sosial @KBAB51 #Bersih5,” tulisnya.




Mohon @PDRMsia siasat insiden kelerasan melampau yang sedang diviralkan dalam media sosial @KBAB51 
Seorang pengguna Facebook, Hazlan Othman pula menulis: “PDRM tolong siasat perkara ini. Bersih atau merah bukan ukurannya tapi wajarkah dia diperlakukan sedemikian? Dimana hati nurani, kemanusiaan kita?.”
Sehingga artikel ini ditulis, PDRM masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung insiden tersebut. Sehubungan itu, pihak polis digesa agar segera menjalankan siasatan.




- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED