Translate

23 November 2016

Perkasa Ibrahim Ali tidak mahu turut serta dengan PPBM disebabkan parti berkenaan menjalin hubungan bersama DAP.


Mahathir Malu Ada Kawan Seperti Ibrahim Ali, Tak Sertai Pribumi Kerana Benci DAP


Details Published on Wednesday, 23 November 2016 10:26





KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa malunya terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang enggan menyertai parti yang baru ditubuhkan itu.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri ke-4 berkata, Ibrahim tidak mahu turut serta dengan PPBM disebabkan parti berkenaan menjalin hubungan bersama DAP.

"Saya malu. Dia adalah kawan saya, tetapi dia tidak mahu menyertai Pribumi kerana kami berkawan dengan DAP," katanya kepada pemberita, semalam.

Bercakap mengenai hubungan PPBM dengan DAP, Dr Mahathir berkata, parti teraju bekas musuhnya - Lim Kit Siang - tidak jahat sepertimana pendapat Ibrahim.

"Mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan mereka juga menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang ingin menjadikan Perkasa sebagai parti politik, lantas bertanding menentang Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ujarnya, beliau tidak mahu memutuskan hubungan bersama Ibrahim malah memberi peluang pemimpin Melayu memperbetulkan langkahnya.

"Dia patut menarik diri. Jangan pecahkan sehingga ada pertandingan tiga penjuru, empat penjuru," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 3 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tunggu hasil siasatan JPP - Ramanan' 3 hrs 17 mins ago