Translate

28 October 2015

Perlis menetapkan perbuatan menari untuk berzikir adalah bertentangan dengan syarak. (Video)

Perlis Putuskan Larangan Menari Ketika Berzikir Kerana Bertentangan Dengan Syarak











KANGAR: Perlis menetapkan perbuatan menari untuk berzikir adalah bertentangan dengan syarak.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata larangan itu telah diputuskan menerusi mesyuarat ke-29/2015 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 24 dan 25 Ogos lalu.

Tegasnya perbuatan itu bertentangan dnegan nas-nas syarak dan tujuan zikir itu.

“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.

“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” katanya.

Kata Asri, pemahaman tentang perbuatan itu telah disalahtafsir.

“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah gerakan yang berlaku secara spontan atau tamayul tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca Al-Quran atau lain-lain tidak dilarang. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 1 min ago