Translate

15 February 2014

Tongkat Bukan Penghalang Shah Rukh Khan Menari Malam Esok

Tongkat Bukan Penghalang Shah Rukh Khan Menari Malam Esok

Raja Romantik Bollywood Shah Rukh Khan. /mDRaja Romantik Bollywood Shah Rukh Khan. /mDRAJA Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) yakin beliau boleh beraksi pada malam esok walaupun beliau masih mengalami kecederaan pada kaki kirinya.

Shah Rukh Khan, 48, berkata kecederaan tersebut beransur pulih dan beliau yakin dapat menari dengan baik sekali pada 'Konsert Temptation Reloaded' yang akan berlangsung malam esok di Stadium Merdeka. Konsert tersebut akan berlangsung selama 3 jam.
"Saya beransur pulih dan saya yakin dapat menari dengan baik pada malam esok. Kalau nak suruh saya menari Zapin pun saya boleh! Saya pernah menari tarian Zapin sebelum ini," kata Shah Rukh Khan bergurau.
"Saya sanggup melakukan apa saja demi mengembirakan hati peminat-peminat saya di sini. Saya sukakan Malaysia. Saya selalu ingin ke sini", kata Shah Rukh Khan ketika ditemui pada sidang media konsert Temptation Reloaded, bertempat di hotel Ritz Calton Kuala Lumpur, petang tadi.
Kecederaan kaki itu dialami sewaktu beliau menjalani penggambaran filem Farah Khan yang berjudul 'Happy New Year' pada hujung Januari lalu.
Shah Rukh bersama teman seperjuangannya Madhuri Dixit. /mDShah Rukh bersama teman seperjuangannya Madhuri Dixit. /mDSelain itu dalam kejadian berkenaan, pelakon itu juga mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala dan bahu.
Sidang media itu turut dihadiri Ratu Tari Bollywood, Madhuri Dixit yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, penyanyi rap Yo Yo Honey Singh yang juga akan mengiringi persembahan Shah Rukh Khan pada konsert berkenaan.
Selain itu, aktres Rani Mukherji juga akan turut beraksi pada malam esok dan pihak media difahamkan aktres beliau kini dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur.
Konsert Shah Rukh Khan ini sepatutnya berlangsung pada 11 Oktober tahun lalu, namun ianya ditunda atas sebab lawatan rasmi Presiden Barack Obama.
Sementara itu, Madhuri berkata beliau cukup teruja dapat menjejakkan kaki di negara ini buat pertama kali. Lebih istimewa ini adalah persembahan julung kali bersama Shah Rukh Khan di konsert mega.
"Saya teruja dapat datang ke sini. Selama ini saya hanya mendengar tentang Malaysia daripada suami saya kerana dia pernah datang ke sini sekitar 15 tahun lalu.
"Namun saya pasti Malaysia sekarang sudah banyak berubah dan lebih membangun berbanding dengan cerita yang pernah saya dengar daripada suami saya",
"Ini juga merupakan kali pertama saya berkongsi pentas dengan Shah Rukh dan kami tidak sabar untuk menghiburkan para peminat pada malam esok", katanya sambil tersenyum.
Aktres jelita ini antara heroin yang cukup  sinonim dengan Shah Rukh Khan dalam filem-filem seperti 'Dil To Pagal Hai', 'Duplicate' dan 'Badshah'. 
Terdahulu Shah Rukh Khan tiba lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.40 pagi tadi dan disambut oleh puluhan peminat.






-mD

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED