Translate

15 February 2014

Shah Rukh Khan Tiba Di KLIA

RAJA romantik Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 7.40 pagi tadi. Pelakon terkenal itu tiba dari Mumbai dengan penerbangan pesawat MH195.
Apa yang menarik, selepas lebih 1 jam menanti, SRK mula kelihatan berjalan keluar dari bilik VIP pada jam 9 pagi dengan memakai tongkat. Ini mungkin disebabkan atas kecederaan yang dialami beliau apabila dihempap pintu semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini.
Walaupun kelihatan letih, SRK tetap berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan memberikan tandatangan buat para peminatnya.
Sejurus selepas itu beliau terus menuju masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes dan berlalu pergi ke hotel.

Beliau difahamkan tiba bersama beberapa artis terkenal Bollywood Madhuri Dixit dan Arijit Singh.
SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert 'Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars' yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka. Konsert tersebut dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd.
MD
  • Click to enlarge image IMG_2951.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2953.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2954.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2957.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2968.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2970.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2975.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2982.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2986.jpg
  • Click to enlarge image IMG_2989.jpg

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED