Translate

14 December 2013

Erma Fatima Bayar Rebecca Nur Islam Dengan Wang RM1 Pulak.

Dari 5 sen, Erma Fatima bayar Rabecca dengan wang RM1

Erma Fatima mengambil keputusan untuk menghantar nota RM1

MEMANG tidak dapat dinafikan pengarah filem dan drama, Erma Fatima memang ‘kreatif’.

Selepas menghantar syiling 5 sen untuk wang tuntutan saman terhadapa syarikat produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd yang membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam, Erma mengambil keputusan untuk menghantar nota RM1.

Wang saman sejumlah RM11,200 itu dihantar oleh peguam Erma ke firma guaman Rabecca pada Isnin.

Ketika dihubungi, Erma hanya memberi jawapan ringkas tentang perasaanya selepas hutangnya sudah langsai dibayar. 

“Ramai yang beranggapan tindakan saya ini keanak-anakan dan beremosi. Saya sudah lama berkecimpung dalam industri lebih 25 tahun, jadi anggaplah ini satu pengajaran seorang kakak kepada adiknya. Saya tidak kisah jika orang nak mengkritik saya,” kata Erma.

“Pengajaran di sebalik episod ini ialah moral di sebalik apa yang berlaku. Rabecca sudah menerima haknya jadi perkara ini saya anggap sudah berakhir,” tambahnya lagi. 

BACA:
Erma Fatima mual dengan publisiti murahan Rabecca
Erma Fatima bayar hutang guna syiling 5 sen
Rabecca Nur Islam kesal dengan tuduhan Erma Fatima
Rabecca Nur Islam desak Erma Fatima henti menfitnahnya
Produksi Erma Fatima disaman Rebecca

Lain pula ceritanya dengan Rabecca.

Selepas menerima wang saman itu, Rabecca menulis mesej ringkas kepada pihak media. Mesejnya berbunyi: ‘Mengalah tidak bererti kalah. Pagi tadi (10-12-2013), firma  peguam saya menerima wang kertas RM1 pula dari pihak Puan Fatimah Rahmad (Erma Fatima)… tidak mengapa jika cara itu boleh MEMUASKAN HATI insan yang bernama Fatimah Rahmad. Saya redha, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad… Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala-galanya. Syukur, Alhamdulillah, blessed , Amin. Terima kasih juga kepada semua teman wartawan, keluarga dan sesiapa sahaja yang menyokong saya, mahupun mengutuk saya. Jasa anda semua hanya Maha Esa dapat membalasnya. Dan  espk pagi (11-12-2013) jam 8 pagi, saya akan bertolak ke Kuantan, Pahang untuk membantu dan berjumpa mangsa-mangsa banjir. Doakan yang baik-baik. TQVM”. \



Yahoo Entertainment

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED