Tanggungjawab Saya Jaga Aib Adi Putra - Aida Yusof
Pastinya bukan senang bergelar seorang isteri kepada pelakon popular seperti Adi Putra. Selain beliau punya ramai pemuja, sebagai artis pasti tidak terlepas daripada terpalit dengan seremeh-remeh gosip hinggalah sehangat-hangat kontroversi.
Namun demi cinta dan kasihnya pada Adi Putra, Zuhaidah Yusof cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yang dilalui suami itu termasuklah kes kononnya Adi menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Malah sepanjang kes tersebut dalam siasatan Adi sendiri memberitahu, Aida tidak putus-putus menasihatinya agar banyakkan bersabar
"Memang ada timbul cakap-cakap belakang sejak timbul isu tersebut. Tapi saya tenang saja dan saya pegang pada prinsip kesabaran. Mungkin sebab saya ada kekuatan dalaman. Saya boleh hadapi cabaran. Saya tak rasa tertekan langsung sepanjang kes tersebut masih dalam siasatan.
"Mungkin juga sebab saya tahu yang saya ada tanggungjawab. Sebagai isteri, sama ada ia benar atau tidak, saya kena jaga aib suami. Alhamdulillah syukur segalanya telah terjawab. Saya rasa lega", kata Aida Yusof ketika ditemui pada sidang media khas bertempat di PWTC, pada Khamis (malam tadi).
Pada sidang media tersebut Adi Putra tampil membuat pengumuman, hasil keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu, kes dakwaan terhadap dirinya telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan Adi Putra tidak bersalah.
{ Baca lagi: Kes Skandal : Adi Putra Bebas Tuduhan, Beri Amaran }
Malaysian Digest