Translate

06 April 2025

Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelaburan tidak wujud



Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama

06/04/2025


Mangsa membuat tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan tidak dibenarkan membuat pengeluaran. -Gambar hiasan


KUANTAN: Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Mangsa membuat tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan tidak dibenarkan membuat pengeluaran.

Mangsa menyedari ditipu setelah diminta menambahkan modal pelaburan dan menggunakan duit simpanan, duit suami serta pinjaman daripada majikan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa, seorang perempuan 47 tahun pada Julai lepas, telah memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali Quantedge Capital Co. Limited (Qc Secure) menerusi pautan yang diberikan suspek.

"Mangsa telah membuat pelaburan secara berperingkat sebanyak tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan dimaklumkan mengenai keuntungan diperolehi, bagaimanapun tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran.

"Mangsa akhirnya menyedari ditipu setelah diminta untuk menambahkan lagi modal pelaburan dan sumber kerugian itu menggunakan duit simpanannya, duit suami serta pinjaman daripada majikannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 mins ago
A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago