Translate

01 April 2025

Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat kepada lebih 2,700 orang



Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat kepada lebih 2,700 orang

Bernama

01/04/2025


Angka korban akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,719 orang, dengan 4,521 cedera dan 441 lagi masih hilang. - Gambar fail/REUTERS


YANGON: Angka korban akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,719 orang, dengan 4,521 cedera dan 441 lagi masih hilang, menurut Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Min Aung Hlaing, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kewangan untuk mangsa gempa bumi yang diadakan di Nay Pyi Taw pada Selasa, menurut laporan media tempatan.

Sementara itu, pasukan penyelamat China terus menjalankan operasi di Mandalay, kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter minggu lepas. Sehingga pukul 8 pagi Selasa, mereka berjaya menyelamatkan lapan mangsa.

Pasukan Mencari dan Menyelamat China menyelamatkan empat mangsa, Pasukan Perubatan Penyelamat Yunan menyelamatkan seorang mangsa, manakala pasukan kecemasan awam lain menyelamatkan tiga mangsa dan membantu operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat China.

Bagi menyelaras operasi pasukan penyelamat China di Mandalay, satu mekanisme kerja telah diwujudkan untuk mempertingkatkan perkongsian maklumat dan logistik bersama bagi memastikan kualiti serta keberkesanan operasi menyelamat.

Ketika ini, keadaan cuaca di Mandalay panas dengan suhu siang hari mencecah lebih 40 darjah Celsius, selain kehadiran banyak nyamuk di lokasi operasi.

Sementara itu, pakar dari Pasukan Mencari dan Menyelamat China telah menyelesaikan penilaian keselamatan terhadap kerosakan di empat bangunan pejabat Konsulat Jeneral China di Mandalay serta mengemukakan cadangan bagi tindakan kecemasan.

--BERNAMA-XINHUA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 min ago
A visitor from Visakhapatnam viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES CULIK | Mangsa Remaja Perempuan Diikat, Disumb' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Chinese President Xi Jinping has arrived in Malays' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 58 mins ago